Monday 2 March 2015

JJCM Kapten Yod: Seoul Garden, Kuantan

Minggu pertama naik semester, dapat duit PTPTN. Membe ajak pulak nak makan mana, jadi tanpa dalih terus kabo

"Seoul Garden yok! Dari semester lepas nak merasa, tak dapat sebab hujung semester duit ciput"

Seoul Garden Kuantan yang pertama ni terletak di Berjaya Megamall, aras 2 (tak silap aku). So, kami sampai around 1 tengah hari. Full house kata ko! Masuk-masuk je, pekerja dia dah sambut senyum & friendly. Tapi masa tu kami berdolak dalih lagi, betul ke nak makan sini? Penuh ni. Selepas melihat kesangsian aku dan rakan-rakan, terus pekerja dia ajak,

"Jom sorang masuk dulu, tengok ada kosong tak. Awak pilih"

Jadinya, aku pun masuk lah. Bila masuk, ada pekerja foreigner dia suggest meja sebelah orang (Which is aku tak gemar) Ada je meja lain yang single, kosong. Aku cakap, aku nak jugak situ. tapi dia masih tak bagi sebab itu meja untuk 6 orang. Kitaorang 4 orang je. Aku agak bengang jugak la masa tu. Dah la tak faham melayu. Nak tak nak, aku ikut je la cakap dia. Tapi lepas 5 minit, ada 1 family yang 5 orang kena duduk meja 4 orang sebelah kami berhimpit & meja 6 orang yang aku nak tadi, budak 4 orang duduk. Eh geram geram je aku dengan Suj*n tu (foreign worker's name). Aku ingat sebab nama dia lebih kurang SV aku. LOL

Selepas itu, kami ambil lunch set + refill water + kimchi soup. Jumlah kami bayar lebih kurang RM146++ termasuk tax RM9++ (MAHAL GILA TAX!)

*sumber http://www.seoulgarden.com.my/index.php

So, after being seated kami semua pilih semua benda yang kitaorang nak pilih. Suprisingly, not one of us ambil ayam. Semua ambil sotong atau daging while others is steambot-stuff & some plain sushi. Aku tak ambil sayiur dan makanan berat seperti nasi goreng dia. Overall, marinated meat dia memang sedap gila gila! Aku ambil 2-3 jenis marinated meat dia yang berlainan rasa & semua sedap. Selepas itu, aku ambil sotong kari dia sebab aku memang hantu sotong. Tapi aku kecewa sebab sotong dia masin sangat. Kimchi soup dia sedap. Aiskrim dia sedap. Semua benda sedap kecuali sotong kari tu. 




Walaubagaimanapun, aku agak kecewa kerana sushi dia tak banyak pilihan. Ada 2-3 jenis sushi je & dia lambat top-up. Tapi berdasarkan komen member aku, kalau datang weekdays banyak pilihan dari weekend. Sebab weekday tak ramai orang. 

Pada aku, makan benda ni dengan bayar hampir RM35 seorang (total after tax) sangat tak berbaloi. Tetapi kalau unuk merasa sekali sekala, tak pe la. Macam aku ni, ini kali pertama & terakhir aku makan disini insyallah. 




No comments :

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.