Monday, 2 March 2015

JJCM Kapten Yod: Cendol Jam Besar, Melaka

Pada cuti semester yang lepas, aku dan rakan-rakan #TwtUpMaahad buat short vacay ke Melaka. Jadi, member stay Melaka mula la malam sebelum tu kena menjajor list tempat dia nak bawak kami. Jadi tempat pertama yang dia bawak adalah Cendol Jam Besar, Melaka. Boleh dikatakan tempat ni macam antara hotspot di Melaka. Sebelum nak jejak ke sana tu, kami parking agak jauh dengan bayaran RM6 (bapok mahal) dan kami berjalan kaki menyusuri Jonker Walk ke Bangunan Merah untuk tiba ke kedai Cendol tersebut.

*sumber http://jiha7.blogspot.com/2014/07/cendol-jam-besar.html

Kedai cendol ni lokasi memang cun. Betul-betuk sebelah River Cruise punya laluan dan Hard Rock Cafe. Disamping kelilingnya Bangunan Merah, bangunan bersejarah di Melaka. Aku tak sempat nak capture menu. Seingat aku ada, cendol durian, cendol kacang, cendol jagung, ABC. Aku memilih untuk cendol biasa.

Dengan harga yang murah, kepekatan santan itu memang terasa. Tak cair. Tapi aku masih prefer cendol yang kuah dia cair. Overall, siapa peminat cendol harus singgah sini untuk rasa cendol dia.

*nampak tak belakang tu river cruise punya laluan & Hard Rock Cafe, Melaka


No comments :

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.