Thursday, 27 November 2014

JJCM Kapten Yod: MYNY Cafe, Kuantan

2 minggu lepas keluar ke bandar bersama ladies telekungster. Motif utama adalah untuk beli barang booth. Lepas habis yakin semua barang dah beli, masing-masing lapar nokharom. Alang-alang dah turun ke Muaz, lepas tu Qila & Yaya gigih cari parking (sebab masa tu Kuantan macam nak roboh dah aku tengok. Ramai gila orang. Jammed!) So, we decide jalan sikit bawak punggung doremon masing-masing from Kedai Tudung Muaz ke MYNY Cafe. 

Aku mula kenal MYNY brand masa beli cookies dia dekat Tunas Mart Gambang. Aku saje je acah-acah nak try sebab packaging dia macam menarik hati & masa tu cookies dia murah. Dalam RM3.50++ kot (Now dah RM4.00++). Cookies dia sedap sampai nak menangis la aku cakap. Sehingga aku jakun pergi post dekat page FB dorang, puji cookies dorang macam Famous Amous. Puas hati sangat la tu.


MYNY Cafe yang kitaorang pergi ni cawangan dekat Jalan Putrasquare dekat Chinatown. Sebelah ECM. Eh, Waze je nanti. Sure jumpa. Kafe dia comel boleh duduk luar kafe untuk fresh air (tapi mengahadap kedai-kedai orang lain) ATAU makan dalam for aircond. For sure, kitaorang duduk dalam sebab masa tu pukul 12,00 tengah hari. Tak kuasa la nak feel-feel fresh air.

Waiter, services quite good. Tak mengecewakan. Order form ada atas meja untuk kita tick je based on menu. Nak order pakai mulut, boleh je rasanya (tapi hari tu tak try pulak). 



Aku order Joe Pasta Mania Set add on Soho Pizza sebab Qila cakap Pizza Soho dia pedas and sedap. Everyone order 1 slices of Soho Pizza. Rare jugak pada aku sebab jarang ada kedai  boleh order pizza for 1 slice. Together with the set ada 3 ketul garlic bread & 1 glass of Ribena.






For review, Pizza dia memang sedap kebabom! Ha gituu. Pada aku pizza dia sedap, ada rasa & berbaloi. Makan 1 slices pun dah kenyang. Garlic bread pun sedap! Garlic jam dia banyak and roti dia garing. Joe Pasta dia sedap sebab daging banyak! Tapi pada ketika itu, aku dah kenyang melantak pizza dengan garlic bread, Pasta dia aku makan dalam keadaan KENA MAKAN JUGAK, KALAU TAK MAKAN, JANGAN BALIK. Hahaha tapi still sedap! Aku sedih bab air je. Aku pilih ribena longan sebab nak makan longan je tapi sebenarnya aku benci Ribena! Konklusinya, aku bagi 8 out of 10. Clap clap clap!

MYNY Cafe tempat wajib makan Kuantan!

*all pictures takeb by me EXCEPT cookies picture from MYNY FB


Friday, 14 November 2014

JJCM Kapten Yod : Lila Wadi, Kuantan

Semester 7 ni aku dan kawan-kawan ada misi untuk jelajah tempat makan best dekat Kuantan. Mungkin rezeki telah turun dari Allah, Zafirah nak belanja makan best-best. So, we come up with decision to treat our tummy at Lila Wadi, Kuantan. Lila Wadi located at Jalan teluk Sisek menghala ke Teluk Cempedak betul-betul tepi jalan. Aku dah siap search kan coordinate untuk korang taip di google Maps 3.814073, 103.346921.

Kitaorang datang masa tu betul-betul lepas solat maghrib. Around 7.30 p.m dan memang betul la timing tu tengah tak ramai orang. First, servis dorang memang okay. Masuk-masuk je pekerja dia dah standby dekat pagar untuk carikan tempat parking kereta. Then masuk je, waiter dah sambut dengan "Selamat Datang" dan senyum lebar which is tak semua restoran melayu buat. 

After beings seated, kitaorang dapat meja untuk 6 orang duduk even kitaorang ada 3 orang je. Lucky us to get there early. Sebab sebelah meja kitaorang is a family with 5-6 member seated in 4 peoples table. Haha. Lepas tu, kitaorang decide untuk order Pan Berbecue Menu. Mula-mula jakun semua order 1 set each & lepas waiter tu cakap for each set untuk 2 person makan, ha menggelupur order 2 set je which is Seafood Supreme & Chicken Supreme with Yaya on Sirap Selasih, Me on Strawbery Smoothies and suddenly I forget Erah's drink (Hahaha Maaf Erah cantik). Add on mango Cheese Cake & Toblerone Cheese Cake from Kula Cakes.







Overall, aku bagi 7 star out of 10. Aku nak bagi 9 bintang but aku bukan sort of grill person. Kadang-kadang kitaorang nak cepat makan, ad aje lagi daging yang tak masak dah masuk mulut. Kula Cakes is 7/10. Sedap makan bila sejuk but bila kita biar je, dia dah cair, dia akan rasa macam makan aiskrim cair which is tak best. So, kalau korang nak makan, make sure dia tengah sejuk & keras lagi. Harga berpatutan sebab Erah yang belanja :p

Lila Wadi tempat wajib makan Kuantan.

*All picture taken by me EXCEPT menu picture from Lila Wadi FB

Campak Resepi : Kuih Ondeh-Ondeh

Hari tu aku saje usha blog-blog makanan. Sambil tu saja tengok tips-tips & resepi dia sekali. Sebenarnya, sebenarnya aku tak tengok sangat pun resepi. Aku suka tengok gambar makanan. Ini lah peel (perangai) orang gemok. Suka tengok gambar makanan. Kalau memalam dekat UMP tu ada orang post gambar makanan, walaupun aku dah kenyang, aku terus lapar. Serius ni, serius. Lepas tu, aku menggelupur la nak makan. Biasanya aku makan maggi la. Lepas tu, bukan nak makan semua pun. 2, 3 sudu makan, buang. Itu namanya nafsu. Layankan je nafsu tu. Bukan nak makan sangat pun.

Berbalik kepada point aku tengah belek-belek blog makanan tu, aku ternampak la kuih ondeh-ondeh. Aku pergi la mengadu ke Mok,
"Weh jom buat kuih bom!"
"Kuih Bom mende?" Aku pun tunjuk la gambar kuih ondeh-ondeh tu. Apa bengong ke tak tau kuih Bom tu mende
"Itu bukan kuih bom la. Itu Ondeh-ondeh @ Kuih Melaka"
"Eh bom apa. Bila makan macam meletup, dalam ada gula"

**********krik krik krik***********

Aku pun mengesot la ke emak aku. Suruh emak tolong buat. Esok petang, emak dah tolong ulikan tepung. Aku dengan adik aku tolong gentel & rebus. Aku ingat susah benor la buat nya. Senang je rupanya

Bahan-bahan :

  1. Tepung pulut
  2. Air paip
  3. Gula Melaka
  4. Kelapa parut

Cara-caranya :

  1. Uli tepung sekali dengan air & pewarna makanan sampai doh tu jadi senang nak kita bulat2 kan nanti. Biasanya orang guna warna hijau. Tapi hari tu warna hijau ilek dekat rumah, so emak suruh kitaorang pilih nak merah ke kuning. jadi merah la warna ondeh-ondeh kitaorang.
  2. Buat bulat-bulat & letak la gula Melaka yang kau dah potong kecik-kecik dalam doh yang dah kau gentel bulat-bulat tadi. Macam biasa la, aku kan gemok & tamak. Jadi aku letak gula melaka banyak gila di dalam gentelan bulat yang kecil
  3. Didihkan air dalam periuk ke kuali ke. Jangan besen pulak. Nanti besen kau cair.
  4. Kau masuk kan onde-onde yang kau dah gentel baik punya tadi dalam air rebusan tu. Dengan menggunakan konsep Fizik density tenggelam timbul, tunggu Ondeh-ondeh kau tu timbul baru kau angkat.
  5. Golek golekkan ondeh yang baru mandi tu dengan kelapa parut tadi.
  6. Letak seketul di tangan & telan di mulut.




 Boleh la bisnes ondeh-ondeh dekat kolej karang. Kah!


Thursday, 6 February 2014

Campak Resepi : Corn Bowl (Inspirasi Corn Cup Pasar Malam)

Ada slot baru untuk blog. Slot Campak Resepi yang khas untuk resepi campak ikut suka aku. Duduk rumah 3 minggu, mak aih bosan. Jadi aku dengan gigih pusing satu pekan Pagoh cari Jagung frozen untuk buat Corn Bowl. Jagung ni nak cakap betapa aku suka dia, nasib baik Jagung ni makanan. Kalau tak dah lama aku nak kahwin dengan Jagung. Aku suka gila dengan Jagung kecuali Air Jagung. 

Nak cerita betapa orang Pagoh ni tak makan DIY (do it yourselve) jagung dekat rumah, merata aku pusing 1 Pagoh tak jumpa (nak gambarkan yang Pagoh ni besar konon). 

Kebetulan minggu aku mengidam nak makan jagung, aku pun ikut bontot emak abah pergi kerja kahwin. Balik tu singgah Econsave Bukit Gambir. Nak cerita maju tak maju Bukit Gambir ni, kalah Muar la aku bagitahu. Dengan econsave nya, KFC nya, kedai 2 Ringgitnya. Tinggal tak ada Kbox je. Dengan kemajuan Bukit Gambir 2013, aku berjaya mendapat sebungkus Jagung Frozen untuk dicampakkan di rumah kelak. (melompat kegembiraan)

Keesokan harinya, aku mula bersilat di dapur keseorangan untuk membuat Corn Bowl.

Bahan-bahan :

  1. Jagung Frozen sebungkus (Ikut korang nak banyak mana. Sebab aku nak makan dengan adik aku lagi 3 orang, aku guna sebungkus terus)
  2. Butter(aku guna planta buat kek mak aku)
  3. Susu Pekat Manis (aku guna susu pekat 1Malaysia sebab dekat rumah memang guna susu ni.tak guna susu mahal macam rumah korang sebab orang dalam rumah semua tak minum milo susu, teh susu, kopi susu. Semua minum teh O Cameron. Aiceceh itu pun nak cerita)
  4. Garam


Cara-cara :
  1. Kukus jagung lebih kurang 20 minit-30 minit. Lagi lama lagi sedap orang kabo. Tapi sebab aku tak sabo nak makan, gelojoh, gemok & pemalas. aku kukus kejap je.
  2. Jagung yang dah kukus tu, masuk dalam bekas lain. Gaul dengan butter, garam & susu pekat. Yang part ni pun, kau letak la bape banyak kau suka. Kalau kau suka manis lepas tu macam ada susu lebih, letak susu banyak-banyak. Kalau kau memang suka masin, letak garam banyak-banyak. 
  3. Buka mulut. Makan.

Aku bagi nama Corn Bowl sebab aku buat dalam mangkuk. Power betul bila makan berjemaah dengan adik-adik dalam 1 mangkuk. Serupa makan nasi ambang. Try la woi. Rugi je beli dekat Pasar Malam. Paling cikai pun RM 2.50. Lepas tu kedekut susu! Ni kau buat sendiri, sebungkus Jagung Frozen tu baru RM3.50++. Susu, garam dengan butter ada dekat rumah. Tinggal kukus jagung je. 

Eh, lapar pulak rasa.