Friday, 14 November 2014

Campak Resepi : Kuih Ondeh-Ondeh

Hari tu aku saje usha blog-blog makanan. Sambil tu saja tengok tips-tips & resepi dia sekali. Sebenarnya, sebenarnya aku tak tengok sangat pun resepi. Aku suka tengok gambar makanan. Ini lah peel (perangai) orang gemok. Suka tengok gambar makanan. Kalau memalam dekat UMP tu ada orang post gambar makanan, walaupun aku dah kenyang, aku terus lapar. Serius ni, serius. Lepas tu, aku menggelupur la nak makan. Biasanya aku makan maggi la. Lepas tu, bukan nak makan semua pun. 2, 3 sudu makan, buang. Itu namanya nafsu. Layankan je nafsu tu. Bukan nak makan sangat pun.

Berbalik kepada point aku tengah belek-belek blog makanan tu, aku ternampak la kuih ondeh-ondeh. Aku pergi la mengadu ke Mok,
"Weh jom buat kuih bom!"
"Kuih Bom mende?" Aku pun tunjuk la gambar kuih ondeh-ondeh tu. Apa bengong ke tak tau kuih Bom tu mende
"Itu bukan kuih bom la. Itu Ondeh-ondeh @ Kuih Melaka"
"Eh bom apa. Bila makan macam meletup, dalam ada gula"

**********krik krik krik***********

Aku pun mengesot la ke emak aku. Suruh emak tolong buat. Esok petang, emak dah tolong ulikan tepung. Aku dengan adik aku tolong gentel & rebus. Aku ingat susah benor la buat nya. Senang je rupanya

Bahan-bahan :

  1. Tepung pulut
  2. Air paip
  3. Gula Melaka
  4. Kelapa parut

Cara-caranya :

  1. Uli tepung sekali dengan air & pewarna makanan sampai doh tu jadi senang nak kita bulat2 kan nanti. Biasanya orang guna warna hijau. Tapi hari tu warna hijau ilek dekat rumah, so emak suruh kitaorang pilih nak merah ke kuning. jadi merah la warna ondeh-ondeh kitaorang.
  2. Buat bulat-bulat & letak la gula Melaka yang kau dah potong kecik-kecik dalam doh yang dah kau gentel bulat-bulat tadi. Macam biasa la, aku kan gemok & tamak. Jadi aku letak gula melaka banyak gila di dalam gentelan bulat yang kecil
  3. Didihkan air dalam periuk ke kuali ke. Jangan besen pulak. Nanti besen kau cair.
  4. Kau masuk kan onde-onde yang kau dah gentel baik punya tadi dalam air rebusan tu. Dengan menggunakan konsep Fizik density tenggelam timbul, tunggu Ondeh-ondeh kau tu timbul baru kau angkat.
  5. Golek golekkan ondeh yang baru mandi tu dengan kelapa parut tadi.
  6. Letak seketul di tangan & telan di mulut.




 Boleh la bisnes ondeh-ondeh dekat kolej karang. Kah!


No comments :

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.