Sunday 22 February 2015

Review Jdrama: Boku no Ita Jikan (The Hours of My Life)

Hi hello.

Last week aku list-kan senarai Kdrama & Jdrama yang aku dah tonton semenjak aku hidup 23 tahun ni. Untuk Kdrama sahaja, aku dah tengok almost 70 drama & Jdrama around 20. For those yang tak tahu apa itu Jdrama & Kdrama, Jdrama stand for Japanese drama dan Kdrama is for Korean Drama.



Entry kali ni aku nak review Jdrama yang bertajuk Boku no Ita Jikan (The Hours of My Life. Pelakon utama dia adalah Haruma Miura & Mikako Tabe. Cerita ni baru ditayang kan tahun 2014 dengan 11 episod. Aku excited nak tengok cerita ni sebab hero dia one of my favourite actor dekat Jepun. lakonan pertama dia (Haruma Miura) yang terkesan pernah aku tonton adalah 1 Litre of Tears. Siapa yang tak pernah tengok 1 Litre of tears memang rugi. 

Dalam cerita Boku no Ita Jikan ni, Hiruma pegang watak lebih kurang dalam 1 litre of Tears. Dia seorang pesakit ALS. Kita tahu yang Jepun ni memang sangat maju kehdapan sehinggakan drama dia seiring dengan current situation dalam dunia. Hari tu, ramai yang buat ALS challenge dengan siram ais dekat badan tu semua kan. Aku mula-mula not aware pasal ALS ni dan tak tahu sangat berkenaan ALS ni. Tetapi bila tonton cerita ni, secara automatik aku tau sikit sebanyak tentang ALS. 


Cerita Melodrama ni akan tangkap leleh start episod 3. Apabila Hiruma ni tahu dia ad penyakit ALS. Pada mulanya, dia start search melalui internet tentang simptom awal yang dia kena macam tangan kanan or kiri dia dah tak berapa kuat. Yang tangkap sedih lagi tu, Hiruma ni seakan dipinggirkan atau tak diendahkan oleh mak ayah dia sebab adik mereka lebih pandai dari dia. Pada 5-6 episod awal, aku dapat tengok dia suffer sorang-sorang tanpa ada orang yang support dia. 


Pada aku, cerita ni kekuatan plot dia agak kuat. Kita tak jadi boring bila tengok dan nak tahu apa sebenarnya ALS ni dari episod ke episod. Selain, aku dapat tengok bagaimana Jepun begitu hadapan dalam teknologi merawat ALS dan bagaimana penerimaan rakan sekerja Hiruma bila tahu dia sakit ALS. Romance part is so light. Do not expect cintan cintun sangat sebab fokus utama drama ialah ALS disease. Skrip dia kuat dnegan tak ada part yang meleweh-leweh dan full of input.


"Saya bagi 8/10"






No comments :

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.