Thursday, 6 February 2014

Campak Resepi : Corn Bowl (Inspirasi Corn Cup Pasar Malam)

Ada slot baru untuk blog. Slot Campak Resepi yang khas untuk resepi campak ikut suka aku. Duduk rumah 3 minggu, mak aih bosan. Jadi aku dengan gigih pusing satu pekan Pagoh cari Jagung frozen untuk buat Corn Bowl. Jagung ni nak cakap betapa aku suka dia, nasib baik Jagung ni makanan. Kalau tak dah lama aku nak kahwin dengan Jagung. Aku suka gila dengan Jagung kecuali Air Jagung. 

Nak cerita betapa orang Pagoh ni tak makan DIY (do it yourselve) jagung dekat rumah, merata aku pusing 1 Pagoh tak jumpa (nak gambarkan yang Pagoh ni besar konon). 

Kebetulan minggu aku mengidam nak makan jagung, aku pun ikut bontot emak abah pergi kerja kahwin. Balik tu singgah Econsave Bukit Gambir. Nak cerita maju tak maju Bukit Gambir ni, kalah Muar la aku bagitahu. Dengan econsave nya, KFC nya, kedai 2 Ringgitnya. Tinggal tak ada Kbox je. Dengan kemajuan Bukit Gambir 2013, aku berjaya mendapat sebungkus Jagung Frozen untuk dicampakkan di rumah kelak. (melompat kegembiraan)

Keesokan harinya, aku mula bersilat di dapur keseorangan untuk membuat Corn Bowl.

Bahan-bahan :

  1. Jagung Frozen sebungkus (Ikut korang nak banyak mana. Sebab aku nak makan dengan adik aku lagi 3 orang, aku guna sebungkus terus)
  2. Butter(aku guna planta buat kek mak aku)
  3. Susu Pekat Manis (aku guna susu pekat 1Malaysia sebab dekat rumah memang guna susu ni.tak guna susu mahal macam rumah korang sebab orang dalam rumah semua tak minum milo susu, teh susu, kopi susu. Semua minum teh O Cameron. Aiceceh itu pun nak cerita)
  4. Garam


Cara-cara :
  1. Kukus jagung lebih kurang 20 minit-30 minit. Lagi lama lagi sedap orang kabo. Tapi sebab aku tak sabo nak makan, gelojoh, gemok & pemalas. aku kukus kejap je.
  2. Jagung yang dah kukus tu, masuk dalam bekas lain. Gaul dengan butter, garam & susu pekat. Yang part ni pun, kau letak la bape banyak kau suka. Kalau kau suka manis lepas tu macam ada susu lebih, letak susu banyak-banyak. Kalau kau memang suka masin, letak garam banyak-banyak. 
  3. Buka mulut. Makan.

Aku bagi nama Corn Bowl sebab aku buat dalam mangkuk. Power betul bila makan berjemaah dengan adik-adik dalam 1 mangkuk. Serupa makan nasi ambang. Try la woi. Rugi je beli dekat Pasar Malam. Paling cikai pun RM 2.50. Lepas tu kedekut susu! Ni kau buat sendiri, sebungkus Jagung Frozen tu baru RM3.50++. Susu, garam dengan butter ada dekat rumah. Tinggal kukus jagung je. 

Eh, lapar pulak rasa.