Thursday, 27 November 2014

JJCM Kapten Yod: MYNY Cafe, Kuantan

2 minggu lepas keluar ke bandar bersama ladies telekungster. Motif utama adalah untuk beli barang booth. Lepas habis yakin semua barang dah beli, masing-masing lapar nokharom. Alang-alang dah turun ke Muaz, lepas tu Qila & Yaya gigih cari parking (sebab masa tu Kuantan macam nak roboh dah aku tengok. Ramai gila orang. Jammed!) So, we decide jalan sikit bawak punggung doremon masing-masing from Kedai Tudung Muaz ke MYNY Cafe. 

Aku mula kenal MYNY brand masa beli cookies dia dekat Tunas Mart Gambang. Aku saje je acah-acah nak try sebab packaging dia macam menarik hati & masa tu cookies dia murah. Dalam RM3.50++ kot (Now dah RM4.00++). Cookies dia sedap sampai nak menangis la aku cakap. Sehingga aku jakun pergi post dekat page FB dorang, puji cookies dorang macam Famous Amous. Puas hati sangat la tu.


MYNY Cafe yang kitaorang pergi ni cawangan dekat Jalan Putrasquare dekat Chinatown. Sebelah ECM. Eh, Waze je nanti. Sure jumpa. Kafe dia comel boleh duduk luar kafe untuk fresh air (tapi mengahadap kedai-kedai orang lain) ATAU makan dalam for aircond. For sure, kitaorang duduk dalam sebab masa tu pukul 12,00 tengah hari. Tak kuasa la nak feel-feel fresh air.

Waiter, services quite good. Tak mengecewakan. Order form ada atas meja untuk kita tick je based on menu. Nak order pakai mulut, boleh je rasanya (tapi hari tu tak try pulak). 



Aku order Joe Pasta Mania Set add on Soho Pizza sebab Qila cakap Pizza Soho dia pedas and sedap. Everyone order 1 slices of Soho Pizza. Rare jugak pada aku sebab jarang ada kedai  boleh order pizza for 1 slice. Together with the set ada 3 ketul garlic bread & 1 glass of Ribena.






For review, Pizza dia memang sedap kebabom! Ha gituu. Pada aku pizza dia sedap, ada rasa & berbaloi. Makan 1 slices pun dah kenyang. Garlic bread pun sedap! Garlic jam dia banyak and roti dia garing. Joe Pasta dia sedap sebab daging banyak! Tapi pada ketika itu, aku dah kenyang melantak pizza dengan garlic bread, Pasta dia aku makan dalam keadaan KENA MAKAN JUGAK, KALAU TAK MAKAN, JANGAN BALIK. Hahaha tapi still sedap! Aku sedih bab air je. Aku pilih ribena longan sebab nak makan longan je tapi sebenarnya aku benci Ribena! Konklusinya, aku bagi 8 out of 10. Clap clap clap!

MYNY Cafe tempat wajib makan Kuantan!

*all pictures takeb by me EXCEPT cookies picture from MYNY FB


No comments :

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.