Monday 2 March 2015

JJCM Kapten Yod: Kenny Rogers ROASTERS, Kuantan

Salah satu tempat yang aku rasa berbaloi kalau makan. Kenny Rogers ROASTERS (KRR). KRR Kuantan terletak di East Cost Mall, Kuantan di tingkat 3. Pertama kali aku makan, aku tahu yang KRR tak akan menghampakan aku seperti fast-food yang lain.

Menu favourite aku adalah Red-Hot Meal. Harga dia biasa around RM22++. Kita kena add-on dengan air (Harga lain). Biasanya aku ambil Ice Lemon Tea sahaja. Air gempak-gempak ni nak pergi mana, smoothies la, latte la, mende semua tu. Nanti aku confuse nak fokus air ke makanan. LOL. Jadi nak selamat, antara ambil carbonated drink, baik aku ambil Ice Lemon Tea.

Untuk Red Hot Meal ni, korang akan dapat muffin seketul, coslow, kentang putar tu, kacang pool (kot nama dia) & ayam. Ayam ni korang boleh pilih dari 3 pilihan. Yang aku ingat Smoked BBQ je. Tapi pada aku rasa dia sama je. Ko letak la nama Smoked Chicken ke, Smack Chicked ke, rasa lebih kurang je.

Yang pasti tekstur ayam tu lembut dan senang untuk manusia yang tak reti guna pisau garfu kalau makan. Lembut sangat. Coslow dia best. Tak terlalu banyak mayonis. So, kau tak akan rasa cepat loya bila makan dengan ayam tu. Kentang putar dia sedap. Sedap 10x dari KFC (haha bias!). Kuah dia sedap sebab rasa milky tu pekat tak pekat & ada ras. kacang pool dia biasa-biasa je. Rasa manis. Tapi just nice untuk digabungkan dengan side dish yang lain. Kebiasaanya aku, muffin tu aku masuk beg je. Confirm tak masuk la lepas kenyang makan ayam+lain2 tu. Masuk beg & buat breakfast esok pagi di kolej.

Secara simpulnya, duit kalau tak ada RM30, jangan datang sini. Boleh nak makan, tapi boleh pilih set-set healthy lifestyle dorang macam salad ke, roti ke.



*sebelum*

*selepas* (licin ke idok!)



No comments :

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.